WANG
Wang didefinisikan mengikut daripada  mana wang itu digunakan.
Ia didefinisikan juga sebagai apa  sahaja yang dikenali sebagai alat pengukur nilai atau kerana kuasa belinya.
Ahli ekonomi  mendefinasikannya dari 2 aspek :
      1)  Fungsi : alat pertukaran , unit nilai,  penyimpan nilai dan alat piawai bayaran tertangguh.
      2) Fizikal : wang ialah wang syiling, kertas dan  buku-buku cek.
Definisi wang secara amnya ialah merujuk kepada apa sahaja yang diterima umum sebagai  alat pertukaran barangan atau sebagai alat bayaran tertanguh dan untuk diterima umum. Selain itu, wang mestilah mempunyai nilai yang stabil dan kuasa beli yang tetap untuk memberi  keyakinan kepada orang ramai.
Ciri- ciri Wang
 1.       Nilainya mesti tetap. 
 2.       Mudah dibawa, disimpan dan dipindah
 3.       Tahan lama serta tidak mudah rosak
 4.       Boleh dibahagikan kepada unit yang kecil
 5.       Bahan yang dijadikan duit mesti seragam 
    Contoh: Kalau RM 10 merah, merah semuanya
 6.       Penawaran yang terhad
Sejarah Ringkas Wang
            Penggunaan wang  dalam sejarah manusia telah lama digunakan. Ia diperkenalkan bagi mengatasi  kelemahan urusniaga sistem barter seperti menukar beras dengan baju.
Wang yang  mula-mula sekali ialah wang komoditi iaitu barangan yang digunakan dalam  masyarakat seperti kerang, besi, makanan, beras dan lain-lain. Kemudian timbul wang emas dan  logam tetapi masalahnya ialah ianya terhad. Seterusnya lahirlah wang kertas yang  asalnya berpunca daripada resit tukang-tukang emas.  Mulanya wang disandarkan  kepada emas, kini kepada US Dollar dan kegiatan ekonomi.
Fungsi Wang
 1.       Alat pertukaran
 2.       Pengukur nilai – untuk membuat perbandingan
 3.       Penyimpan nilai – untuk urusniaga akan datang
    Ia perlu  mempunyai tahap kecairan yang tinggi agar boleh digunakan bila-bila masa
 4.       Ukuran piawai bayaran tertunda – tukaran itu  mestilah bernilai
*pada episod akan datang kita akan lihat pula apa yang dimaksudkan dengan pasaran wang. 
 
 


1 ulasan:
dapatkab buku yg berkaitan dengan kewangan dan perbankkan Islam disini
http://www.kedai-buku.com/?aff_id=778.
Catat Ulasan