Dalam menggerakkan ekonomi didalam sesebuah negara, sistem kewangan yang digunakan juga memainkan peranan penting supaya ekonomi negara akan terus berkembang. Didalam urusan seharian kita wang adalah penting dalam menguruskan kehidupan harian sebagai contoh bagi seorang peniaga wang penting untuk memastikan kecairan dalam menguruskan perniagaannya dan bagi seorang pekerja biasa wang penting untuk pembiayaan peribadi seperti beli rumah, beli kereta dan sebagainya. Dalam memenuhi kehendak mereka, bank dan syarikat-syarikat yang memberi pembiayaan kewangan kepada golongan ini dilihat sangat diperlukan supaya tuntutan mereka dapat dipenuhi.Oleh itu sistem Kewangan dan Perbankkan yang bagaimanakah yang dikatakan haram didalam perspektif Islam?. Saya ada membaca buku yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin 'Wang, Anda dan Islam'yang menerangkan dengan ringkas bagaimana 2 elemen haram yang sangat penting iaitu riba dan gharar(ketidak tentuan) ini sangat harus kita fahami dan perangi supaya seluruh aktiviti kehidupan kita benar-benar mengikut kehendak syariah. Ramai yang beranggapan bahawa bunga yang dicaj oleh bank-bank adalah keuntungan bagi mereka kerana memberi pinjaman kepada orang ramai. Namun dalam pandangan Islam itu adalah riba dan ianya haram. Di dalam Al-Quran telah menjelaskan bahawa Allah mengharuskan jual beli dan mengharamkan riba.
Dewasa ini kita sering dihidangkan dengan perniagaan yang menjanjikan pulangan yang lumayan tanpa perlu berusaha untuk mendapatkannya.
Allah Ta'ala berfirman: "Dan di antara manusia (ada) yang mempergunakan lahwul hadits untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu bahan olok-olokan." (Luqman: 6) Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata." mata yang menangis MENANGIS TAKUTKAN ALLAH………
Label
- Cari Duit Lebih (2)
- ekonomi (3)
- Investment (1)
- kad kredit (1)
- Kewangan Dan Perbankkan (2)
- Konsep Perbankkan (3)
- Pandangan Penulis (1)
- takaful (1)
- Trade Finance (1)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan