Label

Memaparkan catatan dengan label Kewangan Dan Perbankkan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kewangan Dan Perbankkan. Papar semua catatan

05 Mac, 2010

Apa itu wang?

WANG
Wang didefinisikan mengikut daripada mana wang itu digunakan.
Ia didefinisikan juga sebagai apa sahaja yang dikenali sebagai alat pengukur nilai atau kerana kuasa belinya.

Ahli ekonomi mendefinasikannya dari 2 aspek :
     1)  Fungsi : alat pertukaran , unit nilai, penyimpan nilai dan alat piawai bayaran tertangguh.
     2) Fizikal : wang ialah wang syiling, kertas dan buku-buku cek.

Definisi wang secara amnya ialah merujuk kepada apa sahaja yang diterima umum sebagai alat pertukaran barangan atau sebagai alat bayaran tertanguh dan untuk diterima umum. Selain itu, wang mestilah mempunyai nilai yang stabil dan kuasa beli yang tetap untuk memberi keyakinan kepada orang ramai.


Ciri- ciri Wang
1.       Nilainya mesti tetap.
2.       Mudah dibawa, disimpan dan dipindah
3.       Tahan lama serta tidak mudah rosak
4.       Boleh dibahagikan kepada unit yang kecil
5.       Bahan yang dijadikan duit mesti seragam
    Contoh: Kalau RM 10 merah, merah semuanya
6.       Penawaran yang terhad

Sejarah Ringkas Wang
            Penggunaan wang dalam sejarah manusia telah lama digunakan. Ia diperkenalkan bagi mengatasi kelemahan urusniaga sistem barter seperti menukar beras dengan baju.
           
Wang yang mula-mula sekali ialah wang komoditi iaitu barangan yang digunakan dalam masyarakat seperti kerang, besi, makanan, beras dan lain-lain. Kemudian timbul wang emas dan logam tetapi masalahnya ialah ianya terhad. Seterusnya lahirlah wang kertas yang asalnya berpunca daripada resit tukang-tukang emas.  Mulanya wang disandarkan kepada emas, kini kepada US Dollar dan kegiatan ekonomi.

Fungsi Wang
1.       Alat pertukaran
2.       Pengukur nilai – untuk membuat perbandingan
3.       Penyimpan nilai – untuk urusniaga akan datang
    Ia perlu mempunyai tahap kecairan yang tinggi agar boleh digunakan bila-bila masa
4.       Ukuran piawai bayaran tertunda – tukaran itu mestilah bernilai

*pada episod akan datang kita akan lihat pula apa yang dimaksudkan dengan pasaran wang.

17 Februari, 2010

Halal dan Haram dalam Sistem Kewangan dan Perbankkan

         Dalam menggerakkan ekonomi didalam sesebuah negara, sistem kewangan yang digunakan juga memainkan peranan penting supaya ekonomi negara akan terus berkembang. Didalam urusan seharian kita wang adalah penting dalam menguruskan kehidupan harian sebagai contoh bagi seorang peniaga wang penting untuk memastikan kecairan dalam menguruskan perniagaannya dan bagi seorang pekerja biasa wang penting untuk pembiayaan peribadi seperti beli rumah, beli kereta dan sebagainya. Dalam memenuhi kehendak mereka, bank dan syarikat-syarikat yang memberi pembiayaan kewangan kepada golongan ini dilihat sangat diperlukan supaya tuntutan mereka dapat dipenuhi.Oleh itu sistem Kewangan dan Perbankkan yang bagaimanakah yang dikatakan haram didalam perspektif Islam?. Saya ada membaca buku yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin 'Wang, Anda dan Islam'yang menerangkan dengan ringkas bagaimana 2 elemen haram yang sangat penting iaitu riba dan gharar(ketidak tentuan) ini sangat harus kita fahami dan perangi supaya seluruh aktiviti kehidupan kita benar-benar mengikut kehendak syariah. Ramai yang beranggapan bahawa bunga yang dicaj oleh bank-bank adalah keuntungan bagi mereka kerana memberi pinjaman kepada orang ramai. Namun dalam pandangan Islam itu adalah riba dan ianya haram. Di dalam Al-Quran telah menjelaskan bahawa Allah mengharuskan jual beli dan mengharamkan riba.
        Dewasa ini kita sering dihidangkan dengan perniagaan yang menjanjikan pulangan yang lumayan tanpa perlu berusaha untuk mendapatkannya.

NeoBux

Adfly