12 Januari, 2010

Kita Fikir Bersama??

Alhamdulillah negara kita yang dicintai Malaysia sudah mempunyai institusi perbankan Islamnya sendiri. Dulu di zaman persekolahan, saya tidak berapa peduli sangat tentang kepentingan institusi perbankan Islam. Bagi saya bank sama sahaja tak kira konvensional ataupun Islam. Namun saya tahu kini kenapa kita wajib, sebagai seorang Muslim memilih institusi yang menawarkan perkhidmatan kewangan dan perbankan yang berlandaskan hukum Syariah.Banyak institusi perbankan konvensional sekarang juga mula membuka mata dengan menawarkan pelbagai produk pembiayaan yang berlandaskan Islam. Oleh itu kita juga seharusnya mengikuti langkah ini. Segala usaha oleh kerajaan dan Bank Negara amat dihargai dalam memperkenalkan sistem kewangan Islam. Sebagai seorang masyarakat yang prihatin tentang kepentingan agamanya, saya menyokong 100%. Bagaimana pula dengan anda???Islam adalah agama yang sempurna oleh itu tanggungjawab kita amat besar agar memastikan kesempurnaan Islam itu dilahirkan dengan tindakan kita. InsyaAllah usaha kita itu mendapat keredhaan Allah.

Tiada ulasan:

NeoBux

Adfly