29 Ogos, 2008

Bank Rakyat Lancar Kad Kredit

Oleh Haika Khazi

Sasar tarik 100,000 pelanggan dalam tempoh 12 bulan akan datang

BANK Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) melancarkan kad kredit pertamanya, i-Bank Rakyat dengan sasaran menarik sehingga 100,000 pemegang kad kredit berlandaskan Syariah itu dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzan Che Mat, berkata ketika ini hanya satu peratus rakyat Malaysia menggunakan kad kredit berlandaskan Syariah, justeru, bank itu yakin, i-Bank Rakyat akan mendapat sambutan menggalakkan.

"Sasaran utama kami bagi i-Bank Rakyat adalah pelanggan kami sedia ada dan mereka yang mahukan kad kredit berlandaskan Syariah," katanya pada sidang media selepas pelancaran kad kredit itu di Putrajaya, semalam.

Pelancarannya disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar. Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Alwi Ibrahim; Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Dr Syed Jalaluddin Syed Salim dan Naib Presiden merangkap Pengurus Negara MasterCard Worldwide Malaysia/Brunei, Jim Cheah.

i-Bank Rakyat yang ditawarkan dalam jenis kad Classic dan Gold itu yang berlandaskan konsep Tawwaruq itu dikeluarkan dengan kerjasama MasterCard.


Tiada ulasan:

NeoBux

Adfly